Laman web cuma satu permulaan. Dengan sebuah laman web yang berkesan dan teknik pemasaran dan jualan yang betul, anda mampu menjana pendapatan hanya dengan komputer dan internet!
Kami akan menganjurkan satu workshop yang akan memberi anda peluang mencuba membina laman web sambil dibantu secara "hands-on" menggunakan komputer dan internet. Kami memberi jaminan laman web anda akan siap pada hari yang sama. Jika tidak, kami akan siapkan laman web anda tanpa sebarang kos tambahan!
I hear and I forget,
I see and I remember,
I do and I UNDERSTAND
Dengan pengalaman praktikal anda akan lebih memahami dan mendapat apa yang akan disampaikan dalam workshop ini seterusnya boleh mengaplikasikan setelah selesai workshop diadakan.
Apa yang anda akan pelajari?
| Asas HTML. Apa yang perlu anda tahu tentang HTML? | ||
| Jenis-jenis laman web | ||
| Ciri-ciri laman web perniagaan yang efektif dan menjual | ||
| Pengenalan kepada peralatan membina laman web | ||
| Membina laman web dari "scratch" | ||
| Membina laman web dengan bantuan "template" | ||
| Cara mudah untuk "edit" image | ||
| Menggunakan "CSS" untuk page formatting | ||
| Membina borang pesanan | ||
| Menerima bayaran secara online | ||
| Tambahan Modul Khas: Pengenalan kepada Adsense dan Program Affiliate sebagai pendapatan tambahan di internet |
Apa kata bekas peserta?
"Inilah satu-satunya kursus perniagaan internet dan pembelajaran membina laman web secara hands-on menggunakan komputer dan internet. Banyak yang perlu dipelajari lagi. Terima kasih!"
Tazilan Ibrahim, Selangor
Usahawan & Penulis
www.modelbisnesinternet.com
"Rakan sekalian, saya ucapkan berbanyak terima kasih pada Azwan. Kerana dari Tunjuk ajar beliau bukan satu web malahan 4 yang menggunakan main domain. (sub domain jangan kiralah ... lagi la banyak) oleh itu anda yang ada kawan-kawan nak join dan nak belajar buat web jangan tak join workshop Azwan ni."
Khairul Rizal, Alor Setar
Jurutera
www.jimatletrik.com
"Saya telah mengikuti kursus membina laman web ini pada Sept 2006. Kursus perniagaan internet dan pembelajaran membina laman web secara hands-on ini telah memberi ilmu yang saya cari selama ini.
Dengan bimbingan Azwan, saya telah membina laman web sendiri. Kursus yang telah memberi kesan kepada perniagaan saya serta sangat murah jika dibandingkan dengan ilmu yang dipelajari dalam workshop tersebut."
Zulraidi Affendi / Eddie
Jurugambar Dan Video Profesional
www.eddie-photovideo.com
"Saya pernah menghadiri kursus yang jauh lebih mahal dari kursus ini, tetapi saya tidak dapat membina laman web yang sempurna. Saya sungguh yakin dengan jaminan penganjur yang bersedia untuk terus ikhlas membantu selepas kursus. Saya harap penganjur akan meneruskan lagi kursus seumpama ini untuk manfaat seluruh masyarakat"
Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin
Pengamal Perubatan Alternatif
www.rawatankesihatan.com
Jaminan kami
Setelah selesai workshop ini, anda akan mampu membina satu laman web anda sendiri sedia untuk menjual DAN anda tidak perlu lagi bantuan orang lain untuk mengemaskini website anda. Mudah bukan?
Ini harga yang anda perlu bayar untuk mengupah profesional melakukannya untuk anda:
| Pembinaan laman web | RM2500 |
| Bayaran hosting dan domain | RM300 |
| Kajian pasaran internet oleh pakar | RM1000 |
| Pemasaran di internet secara berkesan | RM3500 |
| Kemaskini laman web dari masa ke semasa | RM1500 |
| JUMLAH | RM8800 |
Sanggupkah anda menanggung risiko membelanjakan sebanyak ini untuk hasil yang belum pasti?
Jika anda ingin pergi ke seminar lain, anda mungkin terpaksa habiskan RM800 dan pulang masih terpinga-pinga apa dan bagaimana untuk melakukannya.
Harga workshop yang kami letakkan bukan RM1000, bukan RM700 bukan RM500 tetapi hanya RM290 sahaja! Satu harga yang sukar untuk ditolak. Jimat lagi jika anda datang dalam kumpulan (lebih dari seorang) dengan harga cuma RM250!.
Kami memberi jaminan workshop yang akan dijalankan ini akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang. Anda boleh bina sebanyak mana laman web yang anda mahu dan membuka seberapa banyak perniagaan internet yang anda mahukan.
Bonus!
Nanti dulu...
Selain dari workshop yang padat dengan pengisian maklumat, anda juga layak untuk menerima senarai bonus-bonus yang bernilai ribuan ringgit di bawah secara PERCUMA! termasuk bimbingan berterusan dari team kelasinternet.com melalui sistem sokongan kami dan juga knowledge base yang disediakan
Antara bonus yang anda akan perolehi:
| Koleksi peralatan membina laman web yang akan memudahkan hidup anda termasuk perisian membina laman web, menyemak back links website, menyemak ranking di enjin carian popular, FTP client dan banyak lagi. (Nilai: RM300) | ||
| Koleksi e-book rujukan dalam Bahasa Inggeris untuk menjalankan perniagaan di internet. Saya masih lagi menggunakan e-book ini sebagai panduan untuk meneruskan perniagaan di internet. (Nilai: RM985) | ||
| Akses ke knowledge base, mailing list dan sistem sokongan bekas peserta (Nilai: RM2000). | ||
| Sijil diberikan. (lihat contoh sijil di bawah) | ||
Maklumat mengenai workshop:
| Tarikh | 22/05/2010 (Sabtu) |
| Masa | 9 pagi hingga 5 petang |
| Tempat | 20-2 Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur peta lokasi |
| Yuran | Biasa: RM290 Kumpulan (2 orang atau lebih): RM250 seorang |
| Peserta | Terhad kepada 20 orang sahaja |
| Lain-lain maklumat | Air mineral, makanan, alat tulis, kertas catitan, nota, 'resource CD' dan akses internet disediakan. Anda perlu membawa notebook sendiri. Jika anda tidak mempunyai notebook/laptop sila beritahu lebih awal. Caj tambahan untuk sewa RM80 dikenakan untuk sehari. |
Workshop ini hanya boleh menampung 20 orang peserta sahaja kerana ini bukan seminar atau talk. Ini ialah workshop "hands-on". Tujuannya ialah untuk menjaga kualiti dan tumpuan semasa workshop diadakan.
Setiap peserta akan menggunakan komputer dan internet untuk membuat sendiri setiap langkah yang ditunjukkan.
Sebarang soalan boleh hubungi kami
Jumpa anda di sana!

