Kelasinternet.com - Belajar Membina laman web, blog, php dan lain - lain ilmu internet

Selamat datang ke KelasInternet.Com

Di sini anda boleh belajar pelbagai perkara tentang teknologi dan internet yang akan membantu anda dalam mencapai matlamat anda dalam perniagaan atau untuk kegunaan peribadi. Kami menyediakan tips, artikel, seminar serta kursus yang menjurus kepada perkongsian tentang penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan urusan anda.

Internet sekarang telah menjadi satu keperluan. Ingatkah bila kali terakhir anda beratur membayar bil di pejabat pos? Menghantar kad raya kepada rakan? Menulis surat dan pos menggunakan setem? Memindahkan wang dikaunter bank? Semua itu telah semakin beransur-ansur lenyap ditelan arus teknologi.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh internetworldstats.com, Malaysia merupakan antara 10 negara tertinggi penggunaan internet dan statistik terkini menganggarkan pengguna internet Malaysia telah melebihi 16 juta orang!

Manakala transaksi di internet semakin hari semakin meningkat dengan adanya banyak e-commerce website dari syarikat besar dan tak kurang juga perniagaan kecil-kecilan.

KelasInternet.com akan menambah topik perbincangan dan kursus mengikut keperluan semasa. Dengan adanya sokongan dari pakar dalam bidang masing-masing, kami percaya dapat membantu anda.

Langgan e-newsletter kami untuk pengumuman tentang kursus baru dan akan datang serta tips percuma yang pasti akan memberi manfaat kepada anda.

Lihat senarai kursus yang ditawarkan