Selamat datang ke KelasInternet.Com

Di sini, kami menyediakan pelbagai kelas/kursus yang akan membantu anda dalam mencapai matlamat anda sama ada dalam membina perniagaan di internet atau untuk kegunaan peribadi anda.

Kami menyediakan tips, artikel, seminar serta kursus tentang ilmu internet. Ia lebih menjurus kepada perkongsian tentang penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan urusan anda.

Langgan e-newsletter kami untuk pengumuman tentang kursus akan datang dan juga tips percuma.

Kenapa perlu belajar tentang internet?

Internet sekarang telah menjadi satu keperluan. Semakin banyak perkara yang boleh dilakukan di internet dari membaca berita, menulis blog, mengetahui perkembangan rakan-rakan, berbincang dalam forum sehinggalah kepada aplikasi yang lebih canggih seperti membuat urusan perbankan dan membeli belah secara online.

Peratus penggunaan internet meningkat.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh internetworldstats.com, Malaysia merupakan antara 10 negara tertinggi penggunaan internet dan statistik terkini menganggarkan pengguna internet Malaysia telah melebihi 16 juta orang!

penggunaan internet
Statistik penggunaan internet di Malaysia

Adakah anda ingin bersama-sama dalam arus perubahan ini atau biarkan anda ditinggalkan?

Teknologi berkembang pesat

Bila kali terakhir anda beratur membayar bil di pejabat pos? Menghantar kad raya kepada rakan? Menulis surat dan pos menggunakan setem? Tahukah anda tentang twitter, facebook, firefox, adsense, affiliate, youtube, digg dan bermacam-macam nama lagi diinternet? Tahukah apa yang anda boleh buat dengan peralatan tersebut?

Segala-galanya telah berubah dan banyak lagi perubahan akan berlaku yang akan mengubah cara anda bekerja, bersosial dan hidup!

Jika anda pandai menggunakan segala kemudahan yang ada dengan maksimum, anda akan menjimatkan banyak masa dan wang anda dan menikmati hidup dengan lebih baik. Jika tidak semuanya akan nampak sangat menyusahkan.

Jangan ketinggalan.

Langgan e-newsletter kami untuk mendapatkan tips percuma, update terkini tentang internet dan juga kursus-kursus yang akan kami akan adakan yang akan membantu anda.

Nama Ringkas:
Email:
 

* Email anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak lain
* Anda boleh unsubscribe bila-bila masa yang anda mahu